Pusat Internet Pulau Pangkor terletak di tingkat atas Bangunan Perpustakaan Awam Pulau Pangkor, Jalan Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Pusat Internet Malaysia di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.
Pusat Internet Pulau Pangkor tergolong dalam kelompok Fasa 4 ia dilaksanaka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. 2 orang petugas bertanggungjawab untuk mengurus PI Pangkor iaitu pengurus dan penolong pengurus. Ia mula beroperasi pada 28 Disember 2013.
Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.
Di Pusat Internet Pulau Pangkor mempunyai 10 buah komputer untuk pengguna awam di ruang luar, 10 buah komputer untuk peserta kursus yang disediakan di dalam bilik latihan dan sebuah KIOSK bagi kemudahan ICT para pengguna. Selain daripada itu, fasiliti seperti mesin fotostat, printer, binding, laminate, dan scanner turut disediakan di sini. Ruang yang luas memberikan keselesaan kepada para pengguna.
Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.. Hanya RM 5 untuk pendaftaran keahlian seumur hidup.
Kemudahan yang disediakan Di PI Pangkor
- Kelas ICT Percuma
- Penggunaan Internet/Komputer
- Perkhidmatan WIFI
- Bengkel Keusahawanan
- Kursus Intel Entrepreneur Basic & Intel Easy Step
- Perkhidmatan Peminjaman Netbook 1 Malaysia
- Perkhidmatan Fasiliti
- Penyewaan Bilik Latihan
- Pendaftaran Pemohonan Nikah Online
- Tempahan Flyers, Banner, dan sebagainya
- Upah Menaip