Semasa Hari Bersama Komuniti di NADI Pulau Pangkor, pameran produk usahawan tempatan menjadi salah satu tarikan utama. Pelbagai produk unik dan hasil tempatan dipamer dan dijual, antaranya Ikan Buntal Alang, produk terkenal hasil kreativiti tempatan. Turut serta, Hasil Laut Tokma yang menawarkan pelbagai makanan laut kering yang lazat dan segar.
Selain itu, pengunjung turut teruja dengan jualan aksesori kanak-kanak perempuan oleh Usahawan Cilik, yang menampilkan kreativiti anak-anak muda dalam bidang keusahawanan. Tidak ketinggalan, terdapat juga perkhidmatan dan jualan inai, sesuai untuk para wanita yang ingin mencuba seni hiasan tangan tradisional.
Pameran turut menampilkan produk kesihatan tempatan seperti Gamat Asli Pangkor, yang terkenal dengan khasiatnya dan digunakan secara tradisional oleh masyarakat setempat.
Secara keseluruhannya, pameran ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosi dan menjual produk mereka kepada masyarakat luas.





