mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak Daerah Manjung

  • Tarikh           :     7 Januari 2023 | Sabtu
  • Masa             :    9.00 pagi – 6.30 petang
  • Lokasi          :     Dewan Merdeka MPM 
  • Pengunjung :     Usahawan, Agensi-Agensi dan Orang Awam

 

Objektif :

  1. Meningkatkan dan mengukuhkan usahawan sebagai peneraju atau pemain industri yang mampu menjadi penyumbang utama kepada Industri Kecil Sederhana. 
  2. Membantu usahawan bumiputera yang terlibat dalam pengeluaran pelbagai jenis produk untuk meneroka serta merebut peluang pasaran, melebarkan saiz pasaran sedia ada danmeningkatkan daya saing dalam pasaran terbuka.  

 

Aktiviti :

  1. Perasmian Hari Terbuka Usahawan Perak 2023 oleh YB Puan Salbiah Binti Mohamed, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak.
  2. Pameran pelbagai Agensi termasuk MCMC sebagai medium menyampaikan maklumat mengenai penipuan atas talian, kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong, kempen KITAR peranti Lama, Nafas Baharu dan PEDi Setiawan berkolabrasi bersama PEDi di bawah Kluster Manjung memperkenalkan PEDi sebagai pusat digital yang membantu para usahawan untuk menyebarkan produk ke pasaran digital.  Selain itu, menwar-warkan perkhidmatan yang terdapat di PEDi. 
  3. Aktiviti Kuiz Klik Dengan Bijak Digital yang disertai pelbagai peringkat umur.
  4. Pameran dan booth jualan para usahawan.  
  5. Sesi Bergambar

 

Lihat Gambar Di Sini

 _____________________________________________________________________________________________________________