TARIKH : 24 DISEMBER 2024 HARI : SELASA MASA : 9.30 PAGI – 10.30 PAGI & 11.00 PAGI – 12.00 TGH PESERTA : 3 ORANG LOKASI : NADI PULAU PANGKOR |
OBJEKTIF :
1. Belajar teknik dan rahsia menghasilkan mocktail yang segar, kreatif, dan memikat – sesuai untuk dihidangkan dalam apa jua majlis atau santapan santai bersama keluarga dan rakan.
2. Kelas hari ini direka khas untuk membantu anda mencipta mocktail dengan kombinasi rasa unik dan hiasan yang menarik. Jadikan setiap hidangan sebagai karya seni minuman!
3. Dapatkan ilmu dan inspirasi untuk menjadikan kemahiran menghasilkan mocktail sebagai peluang perniagaan menjana pendapatan tambahan.
AKTIVITI :
1. Pendaftaran Log masuk laman sesawang NADI Mahir.
2. Kelas online bersama tenaga pengajar professional
3. Peserta telah membawa bahan-bahan yang diperlukan
4. Amali pembuatan 3 jenis air mocktail.
Lihat Gambar Di Sini