Amin Firdaus nama diberi, berusia 18 tahun dilahirkan pada tahun 1998, merupakan anak kelahiran Pulau Pangkor, Perak. Amin merupakan pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia(SPM) dari Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan yang dibina pada tahun 2009. Sekolah tersebut adalah untuk tarikan para pelajar untuk mendalami ilmu agama, mempelajari bidang akademik dan kokurikulum. Amin telah mencapai keputusan SPM iaitu 8A2B dan telah dinobatkan pelajar cemerlang pada setiap tahun.
Seterusnya, Amin merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradiknya. Amin juga seorang yang bersikap optimis dan sentiasa mencari alternatif baru bagi memajukan diri dalam hudup. “Berakit-rakit dahulu, bersenang-senang ketepian” peribahasa melayu yang sentiasa Amin terapkan dalam diri dan menjadimotivasikepadanya.
Era globalisasi, masyarakat lebih menumpukan dan lebih meluangkan masa dengan gadget masing-masing dengan penggunaan internet kemana sahaja. Setelah menamatkan alam persekolahan Amin pula menceburi bidang perniagaan dalam talian iaitu perniagaan kadsim Tone Excel. Dalam meniti arus permodenan, perniagaan dalam talian juga dikenali sebagai e-dagang. Ia merupakan platform baru bagi ahli-ahli perniagaan termasuklah Amin. Anak kelahiran Pulau Pangkor ini, menjadikan perniagaan dalam talian ini sebagai pendapatan pasif.
Dengan ada platform sebegini, ia memberi ruang kepada perniaga-perniaga tidak mengira umur dan status, juga dapat mempromosi produk dan servis masing-masing. Dalam konteks ini, perniagaan dalam talian memberi banyak kelebihan kepada Amin dan perniaga-peniaga yang lain, bagi menjalankan urusan jual beli dengan lebih mudah dan cepat disamping dapat menjimatkan kos. Kerja-kerja mempromosi bukan sahaja dapat memudahkan, malahan kosnya dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Saya tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan pemasaran secara online ini kerana lebih fokus kepada pelajaran SPM pada tahun 2015. Selepas tamat persekolahan baru saya mula berjinak dalam bidang ini dan minat untuk menambah pendapatan sampingan untuk masa depan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Al-kisahnya ialah bermula daripada laman sosial iaitu Facebook. Saya telah membaca artikel mengenai bisnes Tone Excel, pengisian amatlah berguna dan bermanfaat kepada pengguna-pengguna simkad. Antara kelebihan simkad Tone Excel ialah:
- Setiap kali topap terus RM30, dapat kredit RM30 ditambah dengan 1GB datapercumasatubulan.
- Setiap kali toap RM50 , akan dapat kredit RM50 dan kredit Rm20 percuma.
- Jika topap penggunaan lebih RM50, akan dapat kredit RM50 dalam tempoh sebulan, bulan depannya akan diberi perlindungan kemalangan insurans percuma sebanyak RM100,000.00.
Seterusnya, saya mengambil inisiatif untuk menyertai bisnes tersebut dengan bermodalkan RM100 sahaja. Dengan menyertai aktiviti sebegini saya telah diajar mengenai teknik-teknik yang berguna untuk mempromosi dan mengiklankan sesuatu produk di laman social dengan dipadukan oleh sifu-sifu yang arif lagi handal.
Dengan membekalkan ilmu yang ada, saya mula berjinak-jinak dalam mempromosikan simkad Tone Excel di laman sesawang. Saya akan berusaha sehingga berjaya tanpa mengharapkan bantuan orang. Bak perpatah “tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis kain selempang”.
3 tips mudah yang boleh dikongsi untuk mengubah hidup :
- Berani mencabar diri untuk mencebur ibenda baru
- Berani mengambil risiko juga berusaha
- Belajar dengan orang yang lebih arif dan menjadi panduan kita
WEBSITE : http://www.hasil100fb.com/1205362
Facebook : Amin Daus
Wechat : amindaus98
Instagram : amin_jeman
Email : aminfridaus318@gmail.com
No H/P : 013-4340766