Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor atau lebih dikenali sebagai PULARA PANGKOR telah diperkenalkan pada tahun 2010 dan ia sudah memasuki musim yang ke 7 pada tahun ini. Ia merupakan acara signature bagi Pulau Pangkor dan sudah diterima sebagai acara seni utama di Asia Tenggara oleh Penyair dan Penulis.
Bagi edisi 2016 ia dianjurkan bersama oleh Tourism Perak dan Yayasan Kampung Karyawan Malim dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia berlangsung pada 8 – 11 Disember 2016 dan membawa tema “Puisi Mengharmoni”.

DYMM Sultan Nazrin Shah berkenan meluangkan masa bersama para karyawan & penyair dari 20 buah negara yg berkampung di Pangkor sempena Pulara2016

Ramai pengunjung termasuk penduduk dan pelancong turut hadir memeriahkan Malam Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabngsa Pangkor 2016
