mcmc
Aktiviti SemasaAKTIVITI SEMASAJKKKMaklumat Komuniti

AKTIVITI KOMUNITI PANGKOR

Taklimat Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam (UUKA ) Di Pulau Pangkor

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peraturan dan undang-undang kesihatan awam yang perlu dipatuhi.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan persekitaran.
  • Mengurangkan risiko penularan penyakit melalui pematuhan garis panduan kesihatan.

Di bawah Undang-undang Kesihatan Awam (UUKA), antara perkara penting yang perlu ada ialah:

  1. Lesen perniagaan sah daripada pihak berkuasa tempatan.
  2. Suntikan Typhoid (kad suntikan pengendali makanan).
  3. Sijil Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf.
  4. Kebersihan diri dan premis sentiasa terjaga.
  5. Peralatan perlindungan diri seperti apron, penutup kepala dan sarung tangan (jika perlu).
  6. Tong sampah bertutup dan sistem pelupusan sisa yang betul.
  7. Air bersih dan kemudahan basuh tangan di tempat berniaga.